Wax Yang Mana nak Digunakan Untuk Buat Scented Candles
- Soy wax
- Paraffin wax
- Beeswax
- Palm wax
- Coconut wax
- Gel wax
Sox Wax
Sekarang ni soy wax ialah wax yang paling popular di kalangan pembuat scented candle. Kalau nak tahu, soy wax ni baru di perkenalkan pada 1990an sebagai alternatif daripada paraffin wax. Soy wax ni 100% neutral dan mesra alam disebabkan ia berasakan dengan biji soya.
Salah satu bestnya soy wax ni ialah, dia senang nak keluar bau dan beginner friendly, untuk sesiapa yang baru nak start buat scented candle tu boleh la guna wax ni. Dia juga bakar dengan lebih clean dan lebih lama dari jenis-jenis wax yang lain. So memang paling sesuai buat candle jar la guna wax ni.
Tapiii soy wax ni ada juga kekurangannya. Soy wax ni masalahnya ialah dia sangat sensitif dengan suhu. Pembuat lilin yang guna soy wax ni kena peka dengan suhu bila nak masukkan FO dan bila untuk tuang wax ke dalam bekas. Lagi satu soy wax ni susah untuk kita dapat warna yang kita mahukan berbanding dengan wax yang lain.
Paraffin Wax
Itulah dia perbezaan untuk soy wax dan paraffin wax. Selalunya pembuat lilin akan campurkan soy wax dan paraffin wax untuk di jadikan personal blend. Untuk kedai Wani te.rang, Wani memang gunakan blend paraffin dan soy wax. Disebabkan kedua-duanya ada kelebihan dia yang tersendiri, lilin yang kita buat tu pun jadi makin wangi dan cantik.
Untuk yang wax lain-lain tengok dekat next post ye. Byee..