YARN REVIEW: Milk Cotton Yarn (MC Yarn)

 

Picture Source: Shopee


Kalau you seorang yang suka crochet atau knitting, you definitely pernah dengar pasal milk cotton yarn. Tapi apa sebenarnya milk cotton ni? Adakah dia dari susu? Atau cotton biasa je yang "rebranding"? Jom kita kupas sikit.


๐Ÿงถ What is Milk Cotton Yarn? 

Surprisingly, milk cotton yarn is not 100% cotton. Kat Malaysia, kita panggil yarn ni 5ply yarn. It's usually a blend of cotton and acrylic, tapi nama dia datang dari proses penghasilan yang inspired by casein – protein dari susu. Ada versi lain yang memang guna protein susu, tapi yang kita biasa jumpa dekat pasaran Malaysia ni selalunya 85% cotton + 15% acrylic

Why blend with acrylic? Sebab acrylic helps make the yarn more elastic, lebih tahan lasak, dan senang nak maintain—tak mudah mengecut bila basuh. Boleh tengok yarn ni kat sini: Shopee: Milk Cotton Yarn

Picture Source: Shopee

๐ŸŒฟ Ciri-Ciri Milk Cotton Yarn

  1. Lembut dan selesa
    Tekstur dia sangat smooth, rasa lembut dekat kulit. Tapi tak sesuai untuk di jadikan pakaian

  2. Tak gatal, hypoallergenic
    Sesuai sangat untuk sensitive skin. Banyak crafter suka guna milk cotton untuk buat barang baby sebab sifat dia yang gentle.

  3. Senang dijaga
    Boleh basuh dengan tangan atau mesin (ikut label), dan dia tahan lama. Tapi yarn ni akan berbulu halus seperti cotton yarn.

  4. Pelbagai warna cantik
    Serius, milk cotton yarn ni datang dalam banyak vibrant colors—senang nak match dengan projek yang you nak buat. Boleh tengok warna yarn ni kat sini: Shopee: Milk Cotton Yarn

✨ Projek Yang Sesuai

  • Keychain, Flower Crochet and Amigurumi ๐Ÿงธ – Milk cotton yarn antara pilihan utama untuk macam- macam projek sebab ada banyak pilihan warna.


Mirror Keychain by Terang Crochet
Picture Source: Terang Crochet

 

  • Blanket / Selimut ๐Ÿ› – Lembut dan tapi kalau guna ada aircond okay. kalau tak ada aircond agak panas

  • Tote bags, beanies, dishcloths – Fleksibel dan tahan lasak. Kena pakai 2 atau 3 benang sekali jalan untuk dapat hasil yang tebal. 


Net Bag By Terang Crochet

Net Bag by Terang Crochet






๐Ÿ’ก Tips Bila Guna Milk Cotton Yarn

  • Guna hook atau jarum yang sesuai, biasanya saiz 3.0mm – 3.5mm ikut ketebalan benang (kadang saya guna 2 benang sekali jalan so dapat hasil yang tebal, kalau guna 2 benang guna hook 3.5mm / 4mm ).

  • Kalau buat amigurumi, pilih hook 3.0mm atau yang lebih kecil sikit untuk hasil yang padat dan kemas.

  • Simpan dalam bekas kedap udara untuk elakkan habuk atau serangga masuk.



✨ Kesimpulan

Kalau you baru nak mula dunia crochet atau knitting, milk cotton yarn is a great place to start. Murah, lembut, tahan lasak dan sangat versatile. Tak hairanlah ramai dalam komuniti craft suka sangat dengan jenis benang ni. Kalau tak pernah cuba yarn ni try la, you might fall in love with it!


Boleh dapatkan kat sini:

Boleh tengok kat sini kalau nak pattern yang senang untuk beginner, saya buat cupcake amigurumi. Sangat mudah pattern ni: FREE PATTERN : Cupcake Crochet (Amigurumi) - Suitable as Keychain or Pin Cushion


Popular Posts